Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 85)

Berhijrah...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 85)

Berhijrah ke Australia (4)

Di Australia, saya tidak ada pejabat & waktu pejabat. Seronok bukan kepalang. Rasa bebas. Masalahnya, kadang2 saya kena tidur pukul 2 atau 3 pagi bagi bermesyuarat dengan pelanggan2 di Eropah dan Amerika. Jarak waktu luar biasa.

Dalam hidup, tiada apa2 yang sempurna. Bila kita rasa sempurna, kita sebenarnya tertipu ataupun kita sudah tidak ada deria. Pilihlah mana satu.

Aktiviti paling seronok adalah shopping. Kadang2 shopping di pusat membeli belah. Kadang2 di kedai di gerai sebelah jalan. Kami selalu ke gerai kerana lebih murah. Kawasan terbuka. Penjualnya lebih mesra, mudah & 'down to earth'. Banyak sayuran & buahan fresh.

Di hujung minggu, kami berjalan2 ke kawasan menarik di kawasan berdekatan. Zoo. Ladang buahan. Pantai yang indah. Hutan yang unik. Sungai & tasik yang cantik mengamit segala perasaan sayang kepada kejadian Allah & alam sekitar. Kalau pancing ikan, ikan yang tak cukup besar, kena lepaskan semula dalam sungai atau tasik. Masa depan & kelestarian ikan pun dijaga.

Masalah utama saya di sini ialah pemanduan kereta. Tak boleh laju2. Sudahlah had laju rendah tidak lebih 60km per hour, kamera ada merata-rata. Penduduk kawasan kejiranan pun boleh melapor mana2 kereta yang over speed kepada pihak berkuasa. Tension gila. Kalau langgar, dendanya boleh terbeliak biji mata.

Masalah kedua saya ialah bila bersukan dengan pelajar2 Malaysia di sini. Futsal. Badminton. Tenis. Mereka lebih muda & bertenaga. Sewaktu saya belajar PhD dulu, saya boleh jadi johan dalam bersukan. Di sini saya dah kurang 'angin'. Semput. Umur pun dah hampir 50 tahun ketika itu.

Apa2 pun saya bermain futsal kali pertama dalam hidup saya di Wollongong. Best sangat. Laju pergerakan serangan & pertahanan. Siapa lambat akan tertinggal. Itulah juga kehidupan. Tidak guna berteori & merancang kalau tindakan & pergerakam lambat macam siput babi.

Anak bungsu saya Awfa macam ada sesuatu nak share bila balik.dari sekolah suatu hari di bulan November 2011. Ini adalah detik penting dalam kehidupan kami di Australia.

Nanti saya sambung besok.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts